Sunday, January 13, 2013

Mencari sebuah harga diri yang hilang~


Malam ini, 
Aku menangis lagi.
Menangisi akan sebuah harga diri yang telah hilang,
Yang telah lupus bersama masa silam yang kelam.
Dek kerana kebodohan diri dalam mengejar cinta duniawi,
Aku terus hilang arah sendiri.

Kuberusaha mencari dan terus mencari,
Sebuah harga diriku yang baharu,
Namun nyata, menghilangkannya lebih mudah daripada mendapatkan ia kembali,
Semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani kehidupan yang diredhaiNya seakan-akan penuh berduri,
Serasa sangat payah untuk membangkitkan diri yang telah jatuh berkali-kali,
Aku menangis lagi.




Dalam esakan tangisan,
Aku meminta pada Yang Esa,
Kaburkan dan lesapkan memori yang menjahanamkan diri,
Dan diampuni setiap saat dosa yang telah kulakukan selama ini,
Pedih, sakit, terluka, penyesalan tak bertepi, serasa kalbuku terkoyak rabak,
Keranaku tahu begitu jauh lagi untuk kugapai sebuah harga diri.

Susah, sukar, jalanku penuh onak dan duri,
Yang semakin lama semakin tajam menikam sanubari,
Apatah lagi apabila kukeseorangan walaupun dikelilingi lautan manusia,
Senyuman plastik, ketawa tanpa nada bagaikan tiada apa-apa,
Tapi hakikatnya hari-hariku penuh dengan air mata.
Ya Allah, kuatkanlah aku, kuatkanlah mereka. Amin.
Doakan aku, doakan mereka,
Walaupun kau mungkin takkan mengerti rasa hati ini.

Dan aku,
Akan terus melangkah mencari,
Sebuah harga diri.

2.32 am,
13.01.13,
1 Rabi'ul Awwal 1434H
Tanta, Egypt.

No comments:

Post a Comment