Monday, April 4, 2011

Was-Was Sejenis Penyakit Hati~


Was-was adalah sejenis penyakit hati yang bersemadi dalam jiwa setiap manusia. Penyakit itu juga antara cubaan syaitan laknatullah untuk menggoda manusia agar mereka berasa bimbang dan ragu-ragu dengan setiap amal ibadah yang ingin dikerjakan.
Contohnya, terdapat golongan yang menghabiskan masa yang lama dan membazirkan air untuk menyucikan diri dan berwudhu' tetapi masih berasa belum sempurna membasuh anggota-anggota wudhu' atau berasakan bahawa dirinya masih belum bersih secukupnya. Apabila mahu memulakan solat, takbiratul ihram di ulang-ulangnya beberapa kali untuk meyakinkan diri.


Selain itu juga, penyakit ini telah menyebabkan manusia sering beranggapan negatif dan mempunyai jiwa yang tidak tenteram. Hampir ke semua benda yang disentuh atau yang ingin digunakan hendak di SERTU (bukan samak-seperti kebanyakan umat ISLAM berkata) terutama benda-benda yang telah disentuh oleh orang-orang kafir. Bukan itu sahaja, sehinggakan anggota badan mereka juga difikirkan kotor dan bernajis (sedangkan hakikatnya, langsung tiada tompok-tompok kekotoran tersebut). Mereka terhasut untuk meragui kebersihannya dan percaya bahawa semua benda-benda itu sudah terkena najis mughallazah (najis berat) Maka, mereka hanya akan berasa tenang sedikit setelah melakukan "pembersihan" tersebut. Jika dibiarkan, lama-kelamaan penyakit was-was akan merosakkan pegangan iman manusia kepada rukun iman yang lain termasuk keyakinan kepada al-Quran. na'uzubillah..

*sertu:
1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
dan satu kali dengan air tanah.
*samak:
1. Samak ialah menyucikan sesuatu pada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman-­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Hal ini bermula daripada sikap BERHATI-HATI YANG BERLEBIHAN. Misalnya, berwudhu': golongan ini akan berasa khawatir amalannya tidak diterima Allah SWT kerana berasa ada syarat rukun-rukunnya yang kurang atau bahagian anggota wudhu'nya yang mungkin tidak terbasuh. Demikian juga apabila bersolat dan bersertu.
Demikian itu, kita diperintahkan supaya memohon perlindungan kepada Allah SWT dari penyakit ini.
Firman Allah:
Katakan (wahai Muhammad) aku berlindung kepada Tuhannya manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi. Yang membisikkan kebimbangan (kejahatan) di hati manusia. Dari golongan jin dan manusia" (QS 114: An-Naas: 1-6).
Dari pendekatan agama, cara menghilangkan was-was adalah bermula dari MELATIH DIRI BERPRASANGKA BAIK TERHADAP ALLAH dan menanamkan keyakinan kepada diri kita bahawa Allah tidak akan membebani diri kita kecuali yang kita mampu.

Sabda Nabi Muhammad SAW :
"Bila kalian diperintah untuk menjalankan suatu ajaran, maka lakukan semampumu dan apabila kamu dilarang dari suatu tindakan maka tinggalkan ia secara keseluruhannya".
Ketika kita berwudhu' atau mendirikan solat, bererti kita menjalankan perintah Allah, maka lakukannya semampu kita yang boleh serta meninggalkan rasa ragu-ragu yang ada dalam hati kita. Persoalan mengenai "Apakah wudhu' dan solat kita diterima atau tidak??? Apakah wudhu' dan solat kita sempurna atau tidak??? kita serahkan semua itu kepada Allah dengan tanpa keraguan. Kita harus yakin bahawa Allah Maha Menerima semua ibadah kita baik yang sempurna mahupun yang tidak setelah kita cuba sedaya-upaya kita. Kita juga harus berhusnuzzan (prasangka baik) terhadap Allah bahawa ibadah kita yang kurang sempurna akan diampuni oleh Allah kerana kita telah berusaha sekuat tenaga, insyaAllah. Ingatlah bahawa Allah SWT Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat serta tidak akan membebani hamba-hambaNya.

Buktinya, firman Allah SWT:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya... (QS 2: Al-Baqarah: 286)
Untuk ikhtiar "batin" (doa).~Terdapat 2 hadis dari kumpulan "Shahih al-Kalim ath-Thayyib"-nya Syekh Islam Ibnu Taimiyyah.
  1. Nabi Muhammad Saw. bersabda:
    "Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk, dari godaannya, dari tipuannya, dan bisikannya."
    Sebab Allah telah berfirman:
    "Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka berlindunglah kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS 41: Fushshilat: 36)

  2. Utsman bin Abi al-'Ash pernah mengadukan kepada Rasulullah SAW tentang syaitan yang menggoda dan menghalanginya ketika solat, dan Rasulullah Saw. pun bersabda:
    "Itulah syaitan yang bernama Khanzab; jika engkau merasakannya, mohonlah perlindungan Allah daripadanya (A'udzu billaahi minasysyaithaanir rajiim) dan meniuplah ke arah kirimu tiga kali. "Aku lalu mengamalkannya;" kata Utsman, "dan Allah pun menghilangkannya dariku." (HR Muslim).


    #Sebar-sebarkanlah. Semoga kita semua dapat memanfaatkannya dan mampu melakukan ibadah dengan lebih baik dan yakin. Semoga Allah merahmati ana dan antum sekalian. InsyaAllah... wallahu'alam~
    Sumber:
    a)KH. A. Mustofa Bisri
    b)Prof. Dr. Haron Din

No comments:

Post a Comment