Firman Allah SWT:"Perbandingan orang yang menginfakkan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang menumbuhkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah Al-Baqarah:261)
Wednesday, March 14, 2012
Kerana Sabar Menjala~
Kedua-dua lelaki itu begitu bersungguh-sungguh menebar jala masing-masing ke dalam sungai. Salah seorang daripadanya menebar dengan menyebut nama Allah manakala yang seorang lagi menebar dengan menyebut nama berhala. Mereka bertanding untuk membuktikan agama siapa yang benar dan memberi rezeki kepada penganutnya. Siapa paling banyak dapat ikan, dia menang.
Jala yang ditebar oleh si kafir selalu menghasilkan ikan yang banyak. Makin lama ikan yang dikumpul olehnya makin banyak. Hatinya begitu girang. Dan bertambah girang apabila dia mendapati bakul si Muslim masih kosong walaupun telah berpuluh-puluh kali jalanya diangkat.
Si Muslim masih menjala dengan sabar dan tekun. Dalam hatinya tidak sedikit pun terdetik sangka buruk terhadap Allah. "Mungkin ada rezeki yang lebih baik daripada ini untukku!" detik hatinya.
Mulutnya masih mengukir senyum. Akhirnya salah satu daripada jaringannya itu terasa berat.
Setelah diangkat didapatinya ada seekor ikan. Di wajahnya terbayang sedikit kegembiraan. Mungkin yang seekor. Ini pengubat usahanya untuk hari itu. Membawa balik ikan walaupun seekor lebih baik daripada pulang dengan tangan.., kosong. Hatinya tetap bersyukur walaupun cuma direzekikan dengan seekor ikan sahaja.
Malang, ikan yang seekor itu pun terlepas kembali ke dalam sungai. Namun hatinya masih bersabar.
"Mungkin ada hikmahnya!" pujuk hatinya.
Sementara si kafir itu pula ketawa berdekah-dekah melihat malangnya nasib si Muslim itu. Dengan ketawa yang berdekah-dekah itulah si kafir pulang dengan jinjingan bakul yang sarat dengan ikan. Manakala si Muslim pulang dengan tangan kosong dan badan yang penat tetapi hatinya bertawakal kepada Allah.
Melihat kejadian yang pelik itu, malaikat yang menjaga si Muslim terus mengadap Allah untuk mendapat kepastian tentang nasib si Muslim itu. Lalu Allah menunjukkan Syurga yang dikhususkan untuk si Muslim itu kerana kesabarannya. Dan ditunjukkan Neraka untuk si kafir itu.
Malaikat berkata, "Tidak sia-sialah usaha dan kesabaran si Muslim itu walaupun mendapat sedikit kesulitan di dunia, tetapi malanglah nasib si kafir itu walaupun dia bernasib baik di dunia."
wallahu'alam..~
-portalmukmin-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment