Friday, July 8, 2011

Antara Ilmu dan Harta~

Dikisahkan Dalam suatu majlis ilmu, 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan Saidina Ali. 

Pemuda 1 bertanya kepada Saidina Ali,
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata baginda ialah kota ilmu dan engkau adalah pintunya?"
Saidina Ali menjawab "Ya, benar katamu itu".

Pemuda 2 bertanya "Wahai Ali di manakah yang lebih baik, ilmu atau pun harta?".
"Ilmu kerana ilmu warisan para nabi & rasul manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad", jawab Saidina Ali.

Pemuda 3 bertanya kepada Saidina Ali soalan yang sama mengenai ilmu dan harta.
Saidina Ali menjawab "Ilmu kerana ilmu menjaga kamu tetapi harta kamu yang menjaganya".

Pemuda 4 bertanya lagi soalan yang sama kepada Saidina Ali.
Jawapannya, "Ilmu kerana orang yang banyak hartanya ramailah musuhnya. Lain pula dengan ilmu, semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin ramai kawannya".

Pemuda 5 bertanya kepada Ali soalan yang serupa juga.
Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapannya iaitu "Ilmu kerana harta semakin digunakan semakin berkurang tetapi ilmu apabila diamalkan semakin bertambah".

Soalan yang sama masih lagi ditujukan kepada Saidina Ali oleh pemuda 6.
Jawabnya Ali, "Orang yang berharta kebiasaannya kedekut. Jauh berbeza dengan orang yang berilmu yang sangat pemurah dan dihormati".

Pemuda 7 juga bertanyakan soalan yang sama kepada Saidina Ali.
Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapan yang berbeza meskipun soalan yang serupa. "Ilmu kerana pemilik harta dihisab pada hari akhirat tetapi ilmu memberi syafaat kepada pemiliknya".

Soalan yang sama ditanyakan kepada Saidina Ali oleh pemuda 8.
Jawapan Saidina Ali tetapi lagi sama, "Ilmu kerana pemilik harta keras dan gelap hatinya berbeza dengan pemilik ilmu yang terang dan lembut hatinya".

Pemuda 9 masih lagi tidak berpuas hati dengan kehebatan Saidina Ali mengajukan soalan yang sama.
Saidina Ali dengan tenangnya menjawab "Ilmu kerana harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak pernah usang".

Pemuda 10, orang yang terakhir masih lagi mengajukan soalan yang serupa kepada Saidina Ali dengan harapan Saidina Ali sudah ketandusan idea dan pendapat.
Tetapi sangkaannya meleset. Saidina Ali sambil tersenyum menjawab, "Ilmu kerana pemilik harta mengatakan bahawa harta itu miliknya tetapi pemilik ilmu mengakui ilmu itu milik mutlak Allah Taala".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim) 

4 comments:

  1. Subhanalloh kisah yng bermakna..tentang Ilmu dan harta..makasih sngat bermanfaat sekali buat Akbar...

    ReplyDelete
  2. masyaAllah..sebuah kisah yg bgus sekali..nak komen cikitla ttg hadis ini "Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata baginda ialah kota ilmu dan engkau adalah pintunya?"..kalu x silap hadis ini telah dikategorikan hadis dhaif

    ReplyDelete
  3. malah ada yg katakan hadis ini palsu..hadis ini diciptakan/direka-reka oleh golongan syiah utk menaikkan nama Saidina Ali ra

    ReplyDelete