Wednesday, June 11, 2014

Hilangnya barang kecintaan aku dan kamu~

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

(Surah Al-Baqarah 2: 216)

Akan tiba suatu masa, di mana tanpa sedar kita 'bersedia' diuji oleh Dia dengan dugaan-dugaanNya. Satu persatu yang kita cintai akan pergi meninggalkan kita atau kita sendiri yang pergi meninggalkannya. Pada masa itu pasti hati itu akan bergerimis, namun pada tika itulah ia menjadi bukti adakah selama ini kita bersyukur dan taat padaNya.

Andai benar ketaatan dan kesyukuran kita seperti pada hari kita mendapat nikmat Dia, maka pada hari kita kehilangan barang kecintaan kita, maka kita akan mudah redha dan berlapang dada dengan ujianNya.

Fitrah manusia akan bersedih apabila menghadapi kehilangan, namun usah dilayan perasaan itu. Kuatkan hati dan jiwa. Taddaburlah ayat-ayat cintaNya. Yakin dengan ketentuanNya; qada' dan qadarNya. Kita hambaNya tidak pernah tahu apa yang terbaik buat kita, Dia Sang Pencipta Al-Khaliq lebih memahami keperluan kita.

Mukmin, mukminah itu kuat. Bersabarlah, Allah akan menggantikan barang kecintaan yang hilang dengan berganda nikmat yang lebih baik. Nikmat yang sedia ada dan masih ada, bersyukurlah.

Paling utama, Allah ada untuk kita. Ini yang wajib disyukuri setiap detik dan masa.

Allahul musta'an. :)

Tuesday, May 7, 2013

Puisi Pasca PRU 13

Kemenangan itu daripada Allah, kekalahan itu juga daripada Allah.

Perjalanan masih panjang. penuh liku-liku.
Untuk meningkatkan syiar Islam.
Untuk membina Khilafah Islamiyyah.

Namun, usah patah semangat wahat saudaraku.
Allah melihat setiap usahamu meskipun sebesar zahrah amalanmu.
Yakinlah,
Segalanya akan dibayar di akhirat kelak.
Jannatul Firdausi, insyaAllah!

Semua di dunia ini hanya sementara, yang kekal hanya di alam sana!
Semoga kita terus thabat dalam perjuangan Islam
InsyaAllah.

Mari redha. Ikhlaskan diri untuk segalanya.
Dia Maha Tahu yang terbaik.
Takbir! Allahuakbar!

Senyum.

:)

Tuesday, April 23, 2013

Laa Tahzan Innallaha Ma'ana!

Kesedihan menyelubungi hati ini dan hati para insan diluar sana. Ditimpa ujian bertali arus bagai tiada hentinya. Dicuba berkali-kali untuk bangkit dan sebuah kejatuhan namun hanya sementara. Dia, Yang Maha Esa Maha Hebat dalam pencaturan dan perancangan. Dia Maha Tahu apa yang lebih baik dan terbaik untuk kita para hambaNya yang cukup lemah dan tiada terdaya.

Untuk diriku yang serba daif dan penuh kelemahan ini, telah kucuba bangkit dari kejatuhan yang sekian lama menyelubungi diriku. Air mata yang sentiasa mengalir ini bukti kepasrahan diri kepada ketentuanNya. Jihad dalam melawan hawa nafsu tersangatlah hebat dan kuat. Untuk meng-istiqamahkan diri tersangatlah payah sehingga kadangkala kemarahan, kekecewaan, kesedihan dan putus asa bertandang di sanubari. Ya, si syaitan durjana dengan gembiranya bermain-main di pelosok hati, kiri dan kanan, membisikkan kata-kata kelemahan dan kekurangan. "Sudah cukup sudah wahai fulanah, apa sahaja yang kau lakukan, kau takkan berjaya dan berhasil melakukannya. Kembalilah ke zaman kegelapan kau, itu lebih mudah dan seronok."


Saturday, January 19, 2013

Dilema seorang muslimah - Anak perempuan vs Isteri/Bakal Isteri


Assalamu’alaikum wbt.

Hati. Hati ini berbisik untuk meluahkan rasa. Berkongsi cerita dan pandangan. Mewakili sebuah pemerhatian dan pengalaman serta pengetahuan. Oleh sesetengah wanita di luar sana. Pernikahan itu sunnah dan menyempurnakan iman kita. Sebut pasal nikah, pasti hati ramai berbunga-bunga. Ingin hidup berteman dan memudahkan pengumpulan pahala dan mengelakkan dosa zina. Namun, ramai juga para gadis di luar sana berbelah bahagi untuk mengorak langkah ke alam sana. Dilema menyelubungi diri.

Nikah? Kita bukan sekadar menikah dengan pasangan kita tetapi kita juga bernikah dengan keluarganya selepas ijab kabul dilafazkan. Ini bermakna kita bukan sahaja menerima baik buruk pasangan kita seredhanya tetapi juga menerima keluarganya seluruhnya. Keluarga mertua umpama keluarga kandung sendiri. Sebagaimana kita treatahli keluarga kita, sebegitulah seharusnya kita perlu treat ahli keluarga pasangan kita. Equally. No bias. Tiada memilih. Tiada berkira-kira. Bukannya kita hulurkan emas kepada ahli keluarga kita tetapi gangsa untuk ahli keluarga pasangan.

Sunday, January 13, 2013

Mencari sebuah harga diri yang hilang~


Malam ini, 
Aku menangis lagi.
Menangisi akan sebuah harga diri yang telah hilang,
Yang telah lupus bersama masa silam yang kelam.
Dek kerana kebodohan diri dalam mengejar cinta duniawi,
Aku terus hilang arah sendiri.

Kuberusaha mencari dan terus mencari,
Sebuah harga diriku yang baharu,
Namun nyata, menghilangkannya lebih mudah daripada mendapatkan ia kembali,
Semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani kehidupan yang diredhaiNya seakan-akan penuh berduri,
Serasa sangat payah untuk membangkitkan diri yang telah jatuh berkali-kali,
Aku menangis lagi.