Saturday, January 19, 2013

Dilema seorang muslimah - Anak perempuan vs Isteri/Bakal Isteri


Assalamu’alaikum wbt.

Hati. Hati ini berbisik untuk meluahkan rasa. Berkongsi cerita dan pandangan. Mewakili sebuah pemerhatian dan pengalaman serta pengetahuan. Oleh sesetengah wanita di luar sana. Pernikahan itu sunnah dan menyempurnakan iman kita. Sebut pasal nikah, pasti hati ramai berbunga-bunga. Ingin hidup berteman dan memudahkan pengumpulan pahala dan mengelakkan dosa zina. Namun, ramai juga para gadis di luar sana berbelah bahagi untuk mengorak langkah ke alam sana. Dilema menyelubungi diri.

Nikah? Kita bukan sekadar menikah dengan pasangan kita tetapi kita juga bernikah dengan keluarganya selepas ijab kabul dilafazkan. Ini bermakna kita bukan sahaja menerima baik buruk pasangan kita seredhanya tetapi juga menerima keluarganya seluruhnya. Keluarga mertua umpama keluarga kandung sendiri. Sebagaimana kita treatahli keluarga kita, sebegitulah seharusnya kita perlu treat ahli keluarga pasangan kita. Equally. No bias. Tiada memilih. Tiada berkira-kira. Bukannya kita hulurkan emas kepada ahli keluarga kita tetapi gangsa untuk ahli keluarga pasangan.

Sunday, January 13, 2013

Mencari sebuah harga diri yang hilang~


Malam ini, 
Aku menangis lagi.
Menangisi akan sebuah harga diri yang telah hilang,
Yang telah lupus bersama masa silam yang kelam.
Dek kerana kebodohan diri dalam mengejar cinta duniawi,
Aku terus hilang arah sendiri.

Kuberusaha mencari dan terus mencari,
Sebuah harga diriku yang baharu,
Namun nyata, menghilangkannya lebih mudah daripada mendapatkan ia kembali,
Semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani kehidupan yang diredhaiNya seakan-akan penuh berduri,
Serasa sangat payah untuk membangkitkan diri yang telah jatuh berkali-kali,
Aku menangis lagi.


Tuesday, January 8, 2013

Aku Cabar Diriku dan Dikau Mencari Soleh dan Solehah Dalam Diri Sendiri!



Tidak usah di harap wanita berpurdah, bertudung labuh untuk menjadi isterimu, dimatamu mereka sempurna, tanpa ada sedikit pun cela, ambillah wanita yg pada pandanganmu biasa, jadikan mereka wanita yg hebat, sesungguhnya di dalam diri setiap wanita itu ada 'kesolehannya'...buat kaum ADAM, "ku cabar solehmu untuk mencari kesolehan mereka".

Sering kedengaran dan kelihatan di laman-laman mukabuku, twitter, blog dan saluran alam maya yang lain ayat-ayat cinta Islamik seperti di atas ini. Dahulu ana juga turut teruja apabila membaca status begini. Namun hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Alhamdulillah, Allah memberikan taufiq hidayah kepada diri yang serba hina ini untuk melihat erti dunia dari sudut yang lebih jauh dan lebih bermakna, insyaAllah.

Ana menulis ini bukan kerana ana seorang yang bertudung labuh ataupun berpurdah tetapi sebagai hamba Allah dan sahabat seIslam yang berasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk berkongsi serba sedikit ilmu dan pandangan yang serba naif ini. mohon kemaafan dipinta andai mengguris hati para muslimin dan muslimat di luar sana.

Wahai sahabat seperjuangan yang ana kasihi, sedarlah bahawa diri kalian telah ditipu bulat-bulat oleh janji manis yang tak seberapa manis ini. Ada 3 perkara yang bakal ana utarakan dan kongsikan pada pagi yang dirahmati Allah ini berdasarkan contoh ayat di atas tadi. Semoga kita sama-sama dapat mengambil ibrah dan pengajaran terhadap isu yang bakal ana bawakan seketika nanti.