Thursday, September 29, 2011

Hadiah Malam Jumaat~

Pengalaman Salih Al Maizy

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Maizy pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Maizy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Maizy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Maizy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzakh. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.

" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

wallahu'alam~

Saturday, September 24, 2011

Apabila Tenggelam Dengan Cinta Allah SWT, Kesakitan Dunia Hilang~

Semasa berperang dengan orang kafir musyrik, Sayidina Ali ra terkena panah di belakangnya. Ada sesetengah riwayat menyatakan di betisnya. Sahabat-Sahabat telah mencabut anak panah tersebut sewaktu Sayidina Ali sedang sembahyang kerana Sahabat-Sahabat sedar di waktu itu saja tidak menyakiti Sayidina Ali disebabkan dia tenggelam dalam lazatnya sembahyang. Kelazatan itu telah dapat mengalahkan kesakitan apabila panah itu dicabut.

Ertinya, kalaulah bukan kerana hatinya terasa kehebatan dan kebesaran Allah, terasa terlalu hina dan rasa lazat yang amat sangat sewaktu bermunajat dengan Tuhannya, tentu mustahil dia tidak sedar panah itu dicabut. Bukankah pelik. Ertinya segala kesakitan-kesakitan di dunia akan hilang atau tidak terasa kalau kita tenggelam dalam cinta Allah.

Ibarat orang yang sedang bercinta. Apabila bertemu dengan cintanya, masa yang lama dirasakan sekejap sahaja. Dua jam dirasakan dua puluh minit sahaja kerana terlalu asyik.

Banyak lagi cerita Sahabat-Sahabat lain yang turut sama dipanah, ditikam dan ditetak tetapi tetap teruskan berperang sehingga terbunuh (syahid). Sahabat yang bernama Anas bin An Nadhri ketika selesai perang didapati lebih 80 kesan tikaman pedang, tombak, panah dan dicincang-cincang oleh kaum musyrikin. Begitu juga Sahabat-Sahabat yang lain. Dorongan cinta Allah inilah yang membolehkan mereka berbuat begitu.

Ada di kalangan mereka sewaktu sedang berperang itu, mereka ternampak bayangan Syurga dan bidadari-bidadarinya. Sampai terlupa kesakitan yang mereka hadapi dan sangat rindu dengan Tuhannya. Sebab itu mereka sanggup syahid waktu itu juga untuk menemui cintanya.

subhanallah... wallahu'alam~

Thursday, September 15, 2011

Tahukah Anda Apa Yang Mencantikkan Wajah?

Al-Ahnaf bin Qais tergolong dari golongan ulama-ulama yang terkenal di zaman hidupnya. Pada suatu hari datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai, terutama oleh anak-anak murid dan sahabat-sahabatnya. Mereka sekalian menziarahinya dengan tujuan untuk menuntut ilmu darinya.Kedatangan pemuda dari suku Tai'yi itu sangat menarik perhatiannya. Ahnaf mendapati pemuda itu sangat tampan serta kacak. Lalu ia pun bertanya: "Wahai orang muda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?"

"Benar tuan, sungguh saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu," ujarnya dengan sopan serta ringkas. Pemuda itu menyambung lagi: "Kalau saya bercakap saya tidak bohong. Kalau ada orang sedang bercakap saya dengar. Kalau saya berjanji saya tepati dan jika saya diberikan sesuatu amanah saya tidak khianat."Mendengar jawaban itu, maka berkatalah Ahnaf: "Benar seperti katamu wahai orang muda, sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yang mulia."

wallahu'alam~

Wednesday, September 7, 2011

Cinta pada Kematian~

Ketika orang-orang kafir menyalib Khubaib bin Adyadi atas pohon kurma sebelum membunuhnya, dia sama sekali tidak takut dan gentar. Bahkan dengan mata tajam, ditatap orang-orang kafir sambil berkata:

"Sekelompok pasukan bersekutu berkumpul di sekelilingku dan membentuk satu kumpulan besar. Mereka merasa senang dengan kabilah-kabilah mereka."

"Hanya kepada Allah aku berkeluh kesah tetapi bukan kerana serang yang dilancarkan musuhku pada saat bertempur."

"Aku tidak peduli dengan cara apa aku mati, selama aku mati dalam keadaan Muslim kerana semuanya tetap kembali kepada Allah. Semoga dia memberkati pada setiap tulang dan daging yang tercincang."

Demikian juga Saad bin Abi Waqqash RA ketika menemui raja Parsi. Dengan gagah dia berkata:

"Aku akan datang dengan suatu pasukan yang sangat mencintai kematian, sebagaimana kamu semua cinta pada kehidupan."

Dalam peperangan Uhud, ramai kaum Muslimin terbunuh sementara anak panah pasukan kafir begitu deras menyerang Rasulullah SAW. Saat itu Abu Thalhah RA membuka dadanya menjadi benteng Rasulullah SAW. Dia berkata, "Wahai Rasulullah, anak panah itu tidak akan mengenaimu. Kami akan mengorbankan diri kami, agar engkau tidak terkorban."

Ya, selama kematian membawa keredhaan Allah, ucapkanlah selamat datang kepadanya.

Berbeza dari orang soleh, ahli maksiat dan mereka yang tenggelam dalam syahwat dan kenikmatan dunia amat takut menghadapi kematian. Mereka tidak pernah mengingatinya kerana ketakutan yang luar biasa. Padahal sepatutnya, Allah SWT lebih mereka takuti dari yang lain.

wallahu'alam~