Friday, July 29, 2011

Wudhuk Zahir dan Batin~

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata,

"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota
wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

*peringatan bersama.. terlalu jauh bezanya antara kita terutamanya ana dengan mereka ini.. Allahurobbi.. semoga Allah SWT mengampuni kita semua.. amin ya rabb :(

Saturday, July 16, 2011

Seorang Arab Desa dan Rasulullah SAW~

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah SAW yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda SAW telah berkata kepadanya :

" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda SAW menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda SAW menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda SAW menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda SAW menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda SAW menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah . Baginda SAW menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda SAW menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).

Baginda SAW menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin

Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat Baginda SAW menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda SAW menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda SAW menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda SAW menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda SAW menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda SAW menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda SAW menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat Baginda SAW menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda SAW menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda SAW menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda SAW menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda SAW menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda SAW menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda SAW menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda SAW menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin:

" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini.... "

Mudah-mudaham bermanfaat untuk ana dan antum semua, sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana kita adalah insan yang lemah. wallahu'alam~

Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu Kerana Yang SATU... Islam Itu Indah~

Friday, July 8, 2011

Antara Ilmu dan Harta~

Dikisahkan Dalam suatu majlis ilmu, 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan Saidina Ali. 

Pemuda 1 bertanya kepada Saidina Ali,
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata baginda ialah kota ilmu dan engkau adalah pintunya?"
Saidina Ali menjawab "Ya, benar katamu itu".

Pemuda 2 bertanya "Wahai Ali di manakah yang lebih baik, ilmu atau pun harta?".
"Ilmu kerana ilmu warisan para nabi & rasul manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad", jawab Saidina Ali.

Pemuda 3 bertanya kepada Saidina Ali soalan yang sama mengenai ilmu dan harta.
Saidina Ali menjawab "Ilmu kerana ilmu menjaga kamu tetapi harta kamu yang menjaganya".

Pemuda 4 bertanya lagi soalan yang sama kepada Saidina Ali.
Jawapannya, "Ilmu kerana orang yang banyak hartanya ramailah musuhnya. Lain pula dengan ilmu, semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin ramai kawannya".

Pemuda 5 bertanya kepada Ali soalan yang serupa juga.
Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapannya iaitu "Ilmu kerana harta semakin digunakan semakin berkurang tetapi ilmu apabila diamalkan semakin bertambah".

Soalan yang sama masih lagi ditujukan kepada Saidina Ali oleh pemuda 6.
Jawabnya Ali, "Orang yang berharta kebiasaannya kedekut. Jauh berbeza dengan orang yang berilmu yang sangat pemurah dan dihormati".

Pemuda 7 juga bertanyakan soalan yang sama kepada Saidina Ali.
Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapan yang berbeza meskipun soalan yang serupa. "Ilmu kerana pemilik harta dihisab pada hari akhirat tetapi ilmu memberi syafaat kepada pemiliknya".

Soalan yang sama ditanyakan kepada Saidina Ali oleh pemuda 8.
Jawapan Saidina Ali tetapi lagi sama, "Ilmu kerana pemilik harta keras dan gelap hatinya berbeza dengan pemilik ilmu yang terang dan lembut hatinya".

Pemuda 9 masih lagi tidak berpuas hati dengan kehebatan Saidina Ali mengajukan soalan yang sama.
Saidina Ali dengan tenangnya menjawab "Ilmu kerana harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak pernah usang".

Pemuda 10, orang yang terakhir masih lagi mengajukan soalan yang serupa kepada Saidina Ali dengan harapan Saidina Ali sudah ketandusan idea dan pendapat.
Tetapi sangkaannya meleset. Saidina Ali sambil tersenyum menjawab, "Ilmu kerana pemilik harta mengatakan bahawa harta itu miliknya tetapi pemilik ilmu mengakui ilmu itu milik mutlak Allah Taala".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)