Saturday, April 23, 2011

Doa Nabi Daud as~


Nabi Daud as merupakan seorang hamba Allah yang sangat rajin beribadah kepada Allah. Hal ini disebutkan langsung oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi Daud as sangat rajin mendekatkan diri kepada Allah. Baginda sangat rajin memohon kepada Allah agar dirinya dicintai Allah. Baginda sangat mengutamakan cinta Allah lebih daripada mengutamakan dirinya sendiri, keluarganya sendiri dan air dingin yang bisa menghilangkan dahaga musafir dalam perjalanan terik di tengah padang pasir. Inilah penjelasan Nabi Muhammad SAW mengenai doa Nabi Daud tersebut:

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara doa Nabi Daud as ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah SAW mengingat Nabi Daud as baginda menggelarnya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Monday, April 18, 2011

Kisah Neraka~

Luasnya neraka~~~
Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w
"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Saturday, April 16, 2011

Perbualan di antara Rasulullah SAW dan iblis laknatullah~


Dari: Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku.”Rasulullah bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”Kami menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”Baginda menerangkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.”

Friday, April 8, 2011

Al-Qur'an~

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.
Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.
Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)
Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Monday, April 4, 2011

Lima Belas Maksiat yang Menurunkan Bala~

Dari Ali bin Abi Thalib Ra. dikatakannya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang orang tertentu

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

4. Suami memperturutkan kemahuan isteri

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Sedangkan ia berbuat baik dengan temannya

7. Dia menjauhkan diri dari ayahnya

8. Suara-suara ditinggikan didalam masjid

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka

10. Seseorang di muliakan kereana ditakuti kejahatannya

11. Khamar (arak) sudah diminum di segenap tempat

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para biduanita (artis wanita) disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (para sahabat)

Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain."(HR.Tirmizi)

Makna Bacaan Ketika Solat~


Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

10 Wasiat as-Syahid Hassan Al-Banna~


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.
Fiman Allah SWT:
Selanjutnya, apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah ketika kamu berdiri, pada waktu duduk dan ketika berbaring. Kemudian, apabila kamu berasa aman, maka laksanakanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (QS: 4. Surah An-Nisaa': 103).

2.Bacalah Al-Qur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.
Sabda Rasulullah SAW:
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali."

Was-Was Sejenis Penyakit Hati~


Was-was adalah sejenis penyakit hati yang bersemadi dalam jiwa setiap manusia. Penyakit itu juga antara cubaan syaitan laknatullah untuk menggoda manusia agar mereka berasa bimbang dan ragu-ragu dengan setiap amal ibadah yang ingin dikerjakan.
Contohnya, terdapat golongan yang menghabiskan masa yang lama dan membazirkan air untuk menyucikan diri dan berwudhu' tetapi masih berasa belum sempurna membasuh anggota-anggota wudhu' atau berasakan bahawa dirinya masih belum bersih secukupnya. Apabila mahu memulakan solat, takbiratul ihram di ulang-ulangnya beberapa kali untuk meyakinkan diri.

Pesanan Hassan Al-Basri~


Hassan Al-Basri berkata:
“Di antara tanda berpalingnya Allah SWT dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.”
Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan kerana Allah maka ia mengurungkannya.”
“Tidaklah datang suatu hari dari hari-hari di dunia ini melainkan ia berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah hari yang baru, dan sesungguhnya aku akan menjadi saksi (di hadapan Allah) atas apa-apa yang kalian lakukan padaku. Apabila matahari telah terbenam, maka aku akan pergi meninggalkan kalian dan takkan pernah kembali lagi hingga hari kiamat.”
Jangan pula Anda merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang Anda lakukan, kerana sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa Anda tersebut atau tidak.
Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah SWT.
renung-renungkanlah wahai sahabat-sahbiah... semoga kita dapat mengambil iktibar dari pesanan-pesanan ini.. dan kembali ke landasan cinta-Nya.. insyaAllah.. semoga Allah SWT merahmati ana dan antum... insyaAllah.. amin ya rabb~

Riak Memusnahkan Pahala~


Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah).""Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hadapan Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Kalam Seorang Sahabat Mujahidah~



Ana, Nadiah sahabat kepada Syakirah ingin mewakili beliau untuk memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat sahbati yang sedang membaca status fb ini dan memohon agar dihalalkan segala-galanya. Untuk pengetahuan semua, Syakirah telah selamat dikebumikan di bumi Anbiya' pagi tadi. Doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Aminn...
Usai Nadiah menyempurnakan amanah daripada sahabat yang paling disayanginya dunia akhirat itu, dia terus beralih ke nota fb untuk menulis semua yang terpendam dalam nuraninya buat tatapan para pembaca dengan menggunakan account arwah sahabatnya itu...

Assalamualaikum wbt...
Pertama sekali, ana ingin memohon kemaafan kepada semua jika warkah ana ini telah menyakitkan hati mana-mana pihak yang sedang mahupun yang telah membaca warkah ini. Ana tiada niat untuk berbuat demikian tetapi ia seperti satu tanggungjawab ana untuk meluahkan apa-apa yang perlu.
Arwah Syakirah telah menghadapi penyakit yang sangat kritikal tetapi arwah hanya memberitahu sebilangan sahabatnya agar mereka dapat menyempurnakan amanah-amanahnya yang masih tidak sempat arwah selesaikan. Arwah menghidap PNEUMONIA kerana paru-parunya telah dijangkiti kuman dan semakin hari arwah semakin lemah tetapi arwah tetap cuba sedaya-upaya untuk berlagak seperti tidak berlaku apa-apa. Ditambahkan lagi dengan penyakit athmanya yang dahulunya seperti sudah tidak wujud tetapi semakin teruk terutama pada musim sejuk lepas di bumi Anbiya' ini.